Monday, February 1, 2010

Sembang Siswa PRS UNITEN

1) Sembang Siswa adalah antara program wajib yang dianjurkan oleh PRS UNITEN setiap tahun. Jumlah peserta atau penonton yang hadir sangat-sangat bergantung kepada tajuk dan panelis yang hadir. Tahun ini tajuknya sungguh sensitif bagi sesetengah orang iaitu "Hilangnya MPP"
2) Soalan pertama aku..."Siapakah di kalangan MPP sekarang luluskan tajuk ini" Tidakkah mereka rasa tajuk ini akan kembali balik ke muka mereka. Semacam mengiakan perkara seperti itu terjadi. PRS UNITEN tidak perlu risau kerana mereka sekadar penganjur dan mereka ingin meningkatkan tahap kematangan siswa-siswi di UNITEN.
3) Adakah ia manifastasi bahawa pentadbiran sahabat aku, Syafeeq Hashim tidak berbuat apa-apa? Adakah pentadbiran beliau juga senyap tanpa ada apa-apa pembaharuan. Jika adapun...adakah boleh dikategorikan sebagai MPP yang hilang??
4) Apabila kita melihat senarai panelis yang hadir, saya puji PRS UNITEN membariskan panelis yang berwibawa seperti lagenda saudara Fairuz Ghani. Saya sempat merasa pentadbiran beliau, dan saya sangat bersetuju yang beliau antara Presiden MPP terbaik pernah ada.
5) Saya sangat berharap platfom yang diwujudkan oleh PRS UNITEN ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua siswa-siswi UNITEN kerana ia jarang ada. Sebuah forum perbincangan yang hadir di tengah-tengah perdebatan samaada MPP menjalankan tugas mereka atau sibuk membina populariti atau membahagiakan kekasih. Ini juga boleh dimanfaatkan oleh MPP sendiri, untuk mereka menghebahkan perancangan mereka.
6) Saya harap bukan program yang MPP akan utarakan. Cukuplah sekadar program-program. Saya ingin melihat MPP menghasilkan idea yang bernas dan bebas. Masih baru di UNITEN dan menonjolkan kematangan mereka.
7) Maka..marilah semua sahabat...hadirkan diri kalian ke Sembang Siswa PRS UNITEN pada 3 Feb di COIT untuk kita mencapai pencerahan pemikiran kita.

No comments: