Saturday, February 6, 2010

Dilema Menunding Jari

Salam sekalian,

1) Sudah lama sejak aku masih aktif dalam dunia aktivit pelajar lagi. Aku dah lama perasan. Aku sunguh pelik. Kenapa siswa/i UNITEN masih belum memahami prinsip asas sebuah kerajaan yang berpandukan acuan demokrasi.


2) Iya, memang ramai boleh mengatakan MPP dipilih menggunakan saluran demokrasi iaitu pilihanraya. Malangnya generasi baru MPP kebanyakannya memilih untuk menggerakkan MPP ini seperti organisasi biasa. Mereka memilih untuk menggerakkan MPP seperti kelab/persatuan biasa, mudah senang dan kurang lecehnya.


3) Benarlah generasi baru pemimpin pelajar UNITEN ini takut dan tidak berani menghadapi cabaran. Takut dikecam dan dimarah melaksanakan sesuatu luar dari imaginasi mereka. Takut dan risau, sentiasa di ingatkan yang benda-benda baru akan merosakkan pointer mereka. mereka sering dikritik meninggalkan study.


4) Aku tak nafikan yang study itu penting, tapi semua perkara-perkara asas kehidupan selepas belajar. kemahiran spesifik untuk menghadapi dunia pekerjaan, hanya(sebahagian besar) boleh diperolehi di luar bilik kuliah. kemahiran berunding, mempengaruhi dan menghdapai stress dan tekanan.


5) Aku akui, study ku tak hebat, aku akui pointer ku kurang memberansangkan. tetapi aku sudah kerja, aku dah mempunyai pendapatan, aku dah mengetuai sebuah unit, aku dah beli kereta sendiri. aku mengharunginya dengan pengalaman-pengalaman aku sebelum ini.


6) Cukuplah kalian menunding jari, siapa yang harus di persalahkan di dalam delima MPP ini. Siswa/i atau MPP sendiri. Cukuplah dengar MPP mengatakan siswa/i tidak berdiri di belakang mereka. Cukuplah dengan kritikan- kritikan ini.


7) Sama-sama lar kita berusaha

No comments: